Tuesday, January 27, 2009

Hari yang indah




Sebulan sudah berlalu...

Kini segalanya berubah..jika dahulu segala perkara dilalui secara bersendirian, kini ada teman yang setia berkongsi perasaan dan sedia menghulurkan bantuan dan sokongan... Kehadirannya di dalam hidup aku bagaikan udara yang memenuhi pelosok dalam hati, membuatkan aku terasa segar dan bernyawa. Kini, rumah bagaikan syurga bagi kami. Masa yang ada kami penuhi untuk melakukan aktiviti harian kami bersama-sama. Rumah yang dahulunya terasa kosong dan sunyi kini bertukar rupa. Senda gurau menjadikan hari-hari yang berlalu lebih ceria. Kehidupan yang dahulunya diwarnai kegelapan kini disinar dengan cahaya kegirangan dan kebahagiaan.



Abang,

terima kasih kerana menemaniku dalam hari-hariku...

terima kasih kerana sudi menjadi putera dalam hati ini...

terima kasih kerana mencorakkan senyuman pada raut wajahku...

Dan..

terima kasih kerana sudi menyayangiku selama hayatku...

Kehadiranmu membunuh kesangsian dalam hati..

menyingkap rasa kemanusiaan dalam hati...

dan membuatkan aku sedar bahawa aku juga punya hati..

yang gersang terhadap kasih sayangmu yang tak pernah kering...

dari membasahi segenap ruang di sanubari ini...

1 comment: