Tuesday, July 13, 2010

Jan 2010

Setahun sudah usia perkahwinan kami.. Segala ranjau dan cabaran yang datang kami lalui.. Suka, duka, tawa dan airmata mematangkan kami dan mengingatkan kami betapa kami amat manyayangi antara satu sama lain..
Aku sering menyatakan kesyukuranku padaNya... "Ya Allah..terima kasih kerana Kau menciptakan dirinya untuk menemaniku...hidup bersama denganku dan berkongsi segala pahit manis dalam kehidupan ini denganku.."
Kami hidup secara sederhana, dalam meniti hari-hari bersama. Perbalahan adalah lumrah, namun kekuatan dibina atas dasar kasih dan sayang yang kukuh.. Malahan, kasih menjadi kian rapat bertaut..
Alhamdulillah...Kami bakal dianugerahkan dengan seorang cahaya mata.. Hasil perkongsian kasih, dan zuriat ini yang akan meneruskan kisah kasih kami di masa hadapan...

Diari si isteri...
Pengalaman awal kehamilan sangat mencabar dan mengujakan.. Tidak dapat ku bayangkan, akan ada nyawa lain yang bercambah di dalam rahimku... Hadiah istimewa untuk suami tersayang..
Abang, keprihatinanmu menjagaku kadangkala memupukkan butiran air mata di hujung kelopak mataku.. terima kasih kerana memahamiku, dan melimpahkan kasihmu untukku..
Trimester pertama kulalui dengan cabaran..loya, muntah.. dan gangguan selera makan.. baru kini ku sedari betapa besar pengorbanan ibuku.. terasa berdosa mengenangkan kekasaranku terhadapnya sama ada secara sengaja atau tidak..
Abang, sekali lagi aku bersyukur..tatkala jemarimu lembut mengelus belakangku yang keletihan.. kesyukuran ku panjatkan kepada Ilahi.. kerana kau setia berdiri dan menjadi sandaran bagiku yang hilang daya...
Trimester kedua, hilang sudah loya dan selera makanku pulih... Abang masih setia melayaniku.. membantuku sekadar mampu.. Imbasan ultrasound menunjukkan bayiku dalam keadaan sihat.. Hadiah untuk suami tersayang.. terlihatlah kaki, tangan, kepala dan tubuh kecil yang kian membesar di dalam rahimku... Sayu hatiku.. Membesarlah dengan sihat anakku..Jadilah insan berguna...
Kini, usia kandunganku mencecah 7 bulan.. pergerakan bayi yang aktif mendatang kegembiraan buatku... bunyi degupan jantungnya, tendangannya...amat menyenangkan hatiku sekalipun mendatang sedikit kesukaran dalam pergerakan harianku...
Kini, penantian aku teruskan...menghitung hari untuk menatap dan membesarkan anak kesayangan kami... kelahirannya kami nantikan dengan sabar..
Ya Allah..terima kasih kerana tiada putus Kau limpahi kami dengan nikmatMu... aku bersyukur Ya Allah...Kau berikanlah kesihatan yang baik dan keselamatan untuk kami dan anak yang bakal dilahirkan ini.. Jadikanlah ia insan yang mulia akhlaknya dan baik budinya.. Amin...